"Apa masalah you ni, Iz? i tak pernah kisah dengan siapa you nak keluar. Bukan i tak tau, you dengan Ati tu, kesana kemari berdua. Tapi i tak pernah marah....bila i nak keluar dengan member I, you pulak yang tak bagi." protes Nureen kepada Izzany.
"I dengan Ati tu, keluar sebab hal kolej. bukan saja suka-suka."
"Jadi, i dengan Qazi pun keluar sebab hal
study juga!" Nureen masih dengan kedegilannya itu. tidak ingin beralah.
Izzany mengeluh berat. "Kenapa you degil sangat ni?"
"I bukan degil, tapi i rasa you tak adil!"
"
Look, you jangan jadi macam budak-budak boleh tak. i rimas tau tak!" Izzany sudah mula membentak marah.
"Kalau you tak nak i keluar dengan Qazi, i pun tak nak you keluar dengan Ati lagi." Nureen seakan memberi kata putus kepada Izzany. Izzany meraup mukanya yang sudah dipenuhi peluh renit itu. Sukar untuk berbicara dengan Nureen di saat ini.
Tangan Nureen diraih lembut. Nureen sekadar memerhatikan sahaja.
"Macam ni lah, i ikut kata you tu. tapi ingat, jangan nak jumpa Qazi tanpa kebenaran atau kehadiran i. faham!" terlontar jua kata pemutus daripada bibir Izzany. Nureen sekadar mengangguk sahaja.
Seminggu sudah berlalu semenjak dia bertemu dengan Izzany tempohari. Nureen tidak ingin mengganggu Izzany yang sibuk mengulangkaji pelajarannya. peperiksaan akhir sudah hampir tiba. dia akur dengan kehendak izzany agar tidak berjumpa buat sementara waktu. hujung minggunya di habiskan seorang diri. teman-teman yang lain sedah pulang ke rumah mereka.
Belum sempat dia bangun, telefon bimbitnya berlagu riang menandakan ada pesanan yang menerjah masuk. segera telefonnya dicapai.
"
You tk akn prnh dpt Iz!"
Nureen mengerutkan dahinya. 'siapa pulak ni? tiba-tiba cakap merapu?' segera Nureen membalas layangan mesej tersebut. tidak sabar untuk mengetahui gerangan yang seakan memberi amaran kepadanya itu.
"
Awk knpa? sy tk knl awk. siapa awk nk ckp mcm tu?"
Setelah berpuas hati, Butang send segera ditekan memperlihatkan lambang mesej bergerak meninggalkan kotak ruangan telefonnya. Nureen tidak sabar menunggu. hatinya memberontak ingin tahu.
"
Saya kekasih iz. skrang kmi brcnta! baik awk jauhkn dri klau nk selamat!"
Nureen merengus geram. berserabut fikirannya memikir persoalan tersebut. izzany telah berbohong kepadanya. patutlah izzany tidak ingin berjumpa dengannya. ingin bersama buah hati tercinta yang disorok-sorokkan rupanya. digenggam erat telefonnya. kalau diikutkan hati, mau sahaja dia membaling telefon pemberian Izzany itu. biar remuk berkecai di dinding.
"
Jgn ingat sy akn mngalh!"
Sengaja Nureen berkata begitu. ingin menyakitkan hati insan yang menyakitkan hatinya itu. sebetulnya, dia tidak akan pernah mengalah sehinggalah segalanya benar dan terbukti di hadapan matanya. sudah da berfikir akan kemungkinan itu.
Insan tersebut kelihatan sungguh marah.
"
Tak guna! tunggulah kau!"
sebuah ugutan diterima. namun, hatinya sedikitpun tidak terusik dengan kata-kata amaran itu. Nureen berlagak selamba. dia yakin, dia di pihak yang benar. Mesej kiriman itu menjadfi kiriman terakhir buatnya kerana dia tidak membalas kata-kata tersebut. direbahkan tubuhnya di atas kati empuk miliknya itu. pantas otaknya memikir. 'Sudahlah! sabar Nureen!' bisik hatinya.
berkali-kali dia berfikir sama ada mahu bertemu dengan Izzany atau pun tidak. hatinya terlalu sakit untuk berhadapan dengan Izzany. namun, kekusutan ini harus dirungkaikan segera. sudah beberapa kali Izzany menghubunginya. namun, Nureen sedikit pun tidak melayan. panggilan Izzany tidak dijawab tetapi pesanan ringkas yang dilayangkannya.
"Reen nak jmpa Iz ptg ni. Tmpt biasa!""Kenapa Reen tk jawab panggilan Iz tadi?" aju Izzany apabila mereka duduk di bangku taman.
Nureen masih sepi tanpa jawapan. perasaan sebal masih utuh di hatinya. pedih kerana dibohongi begitu.
"Reen! you nak diam macam tu, atau you cakap dengan I ni." Sepenuh hati Izzany bersuara.
Nureen mengeluh perlahan. "Iz, you tipu I?" ucapnya sayu. Nureen ingat kasih Izzany terhadapnya adalah tulus. Namun, pandangannya sama sekali tidak benar. Izzany ternyata menipu dirinya. Sudah berkasih dengan Ati, namun berpura-pura di hadapannya. Hatinya terlalu sakit demi mendengar perkara itu.
"Tipu apa pula ni, Reen?"
"Tolonglah Iz. Jangan tipu Reen. Reen tak suka kalau orang tipu Reen. Dan orang tu pula, Iz sendiri. terus terang boleh tak?"
Izzany sudah mengerutkan dahinya. pelik dengan sikap Nureen. "Apa ni Reen? Iz tak faham lah? cuba terus-terang apa yang tak kena?" pinta Izzany kepadanya. sememangnya berterus terang dapat menyuraikan kekusutan yang terpendam.